Monday 27 December 2010

Ada apa pada Ketuanan Melayu ?



“Ketuanan Melayu” yang dicanang-canangkan oleh parti politik kerajaan hari ini adalah sebagai membawa maksud orang-orang Melayu adalah lebih mulia dari bangsa-bangsa lain di negara ini dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak ubah seperti fahaman yang diamalkan oleh bangsa Yahudi." Jelas Professor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin .

Dr Mohd Asri turut memberitahu forum bahawa konsep Ketuanan Melayu ini tidak pernah pun wujud sama sekali di dalam sejarah kewujudan bangsa Melayu dan malah semasa zaman kerajaan Melayu Melaka lagi, bangsa Melayu dihina oleh bangsanya sendiri.

Beliau menyarankan pihak tersebut supaya mengambil contoh istilah dan nama seperti Islam Hadhari kerana istilah Ketuanan Melayu menjadikan lebih ramai rakyat Malaysia takut dan akan ’memakan tuan sendiri’. Tuan di sini merujuk kepada parti politik pemerintah.

Beliau berkata demikian semasa forum Polemik Ketuanan Melayu anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat turut mendakwa istilah Ketuanan Melayu itu sendiri boleh menimbulkan banyak kekeliruan yang merosakkan. Beliau menasihatkan orang Melayu supaya terus menerus membantu bangsa sendiri tetapi jangan sampai merosakkan hubungan baik dengan kaum lain demi semangat bangsa yang tidak Islamik itu.

Menurutnya lagi, tafsiran agama Islam mengenai assabiah atau ketuanan bangsa sendiri adalah jelas dan menolak sama sekali konsep berkaitan dengan ketuanan bangsa. Maka boleh menjadi satu dosa apabila melanggar hukum Allah mengenai semangat assabiah ini.

Sumber : http://www.kl-today.com/

____________________________Ulasan Saya_______________________________

" Janganlah sesekali kita memperjuangkan bangsa, kalau kita memperjuangkan bangsa, mana kita nak letak cina muslim ? India muslim ? Hebat sangatkah melayu disisi Allah ? Tak salah sayang pada bangsa, tetapi jangan perjuangkan bangsa, bila kita perjuangkan bangsa, mesti berlaku penindasan ! Percayalah ! Penindasan terhadap Cina Muslim, terhadap India Muslim ! Perjuangkan ISLAM! apabila perjuangkan Islam, semua nasib terbela.. Yakinlah !

No comments:

Post a Comment