Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Itulah sebahagian daripada lirik lagu " Kalau Berpacaran" daripada Suhami Meor Hasan.
Cukup baik lagunya untuk dimunasabah dan dihadam oleh orang-orang yang sedang ber'couple' !
Saya suka untuk berlapang dada dalam bebenang " Cinta " ini !
Kerana, pendapat yang mengatakan cinta itu haram dan berdosa adalah pendapat yang 'jumud ' .
Islam itu agama kasih sayang.
Tetapi, asal keharusan couple ini boleh jatuh HARAM sekiranya adab-adab dan batas-batas pergaulan tidak dijaga.
Lelaki sukakan wanita dan begitulah wanita sukakan lelaki. Itu fitrah yang Allah swt kurniakan kepada setiap hambanya ! Kerana itulah, Allah mengurniakan nikmat ISLAM dan IMAN ! Supaya nafsu gelojak dapat dikawal dengan dua nikmat itu !
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Kalau pandang-pandang pon, janganlah sampai menaikkan shahwah ! Kalau menaikkan syahwah, maka hukumnya jatuh haram. Itu kaedahnya.
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Satu pesanan saya buat orang yang asyik bercinta, ' jagalah batas ' ! Janganlah kerap memanggil perkataan
- Sayang
- Baby
- Darling
kepada pasangan kita. Janganlah terlalu mesra hubungan itu. Kita khuatir............. .
Selain itu, minimakan perjumpaan atau istilah dating tu. Kerana pada saat dan ketika itulah syaitan dan iblis beroperasi !
Adapun bila berhubungan, janganlah dilengokkan suara, dilemakkan suara, dimanjakan suara dan dilunakkan suara kerana segala perbuatan tersebut jatuh haram ! Kurangkan berhubung !
Kesimpulan, satu pujian daripada saya buat orang-orang atau remaja-remaja yang tidak bercouple ! Anda orang yang hebat ! Kepada yang bercouple itu, ada baiknya tinggalkan! Tapi, memang seronok rasa dicintai, rasa disayangi ! Macam saya sebut sebentar tadi. Terpulanglah, itu fitrah ! Yang penting jaga BATASAN ! Jangan sesekali melakukan perkara-perkara yang menaikkan syahwah !
Jaga hati
Jaga pandangan
Jaga lisan
Jaga perbuatan
Insyaallah, gejala-gejala buang bayi dapat dielakkan ! Ingat, remaja Islam, penda'ie muda.
Alangkah indahnya Malaysia dapat melaksanakan hukum Islam !
Oleh,
Ahmad Nizar Azham
(SMK Kompleks KLIA)
Negeri Sembilan
mumtaz !
ReplyDelete