Thursday 11 April 2013

Menanti Sang Imam.



Aku menoleh ke kanan. Tiada siapa. Juga ke kiri. Masih tiada siapa.

***

Aku semak peti masuk mesej di telefon. Juga kosong. Tiada notifikasi, tiada panggilan tidak berjawab. Ku alihkan ikon telefon pintarku kepada ikon Whatsapp. Juga sunyi. Aku bermonolog ; 'Adakah ini sudah tercatat untukku? Tidak ada teman. Aku lihat orang lain bisa menjadi romantis bersama pasangan mereka. Tetapi aku ? Hanya terus menjadi manusia biasa yang mengalami rutin hidup persis manusia yang tidak punya hala tuju. '

Tiba-tiba Ummi datang menepuk bahuku,

" Anakku, usah bersedih. Allah sedang mengatur yang terbaik buatmu. Akak teruskan belajar erti hidup. Gali sebanyak mungkin hikmah. Kelak Allah tentukan jodohmu. Perjalanan musafir hidupmu masih jauh nak. "

Aku mengesat air mata. Ya aku sedar. Usiaku hampir mencapai 40 tahun.  Aku istigfar. Mungkin ini pengaruh syaitan. Namun adakah aku sudah di gelar anak dara tua?

Tiba-tiba telefon berdering. Satu mesej masuk.

' Assalamualaikum Siti. Awak apa khabar ? Apa perkembangan terbaru awak? Saya baru pulang dari Mesir. 
Kawan lama mu
- Dr Farid HUKM ' 

Puas aku memikir. Farid yang mana ? Allah berikan ilham, " Oh Ya! Farid waktu sekolah dulu. Jejaka kacak yang alim yang dulunya selalu menjadi rebutan gadis. Kenapa tiba-tiba dia menghubungi aku ? "

Aku balas mesejnya,

' Waalaikumsalam Doktor Farid. Saya sihat. Alhamdulillah. Apa mimpi awak tiba-tiba menghubungi saya ni ? '

Peti masuk kembali menyepi. Aku ngantuk. Kelopak mataku memberat. Komputer riba di padam. Aku lelapkan mata.


***

Ketika Aku sedang memberi 'talk' pada pelajarku di UIA. Telefonku berdering. Dari Ummi.

" Assalamualaikum Siti Suraya. Nanti lepas habis kamu mengkuliah. Pulang segera ke rumah ya. Ada hal mustahak mahu abi dan ummi bincangkan. "

Tidak sempat aku berkata-kata. Ummi mematikan telefon. Nada ummi serius.

Selesai kuliah hari itu, Aku bergegas pulang. Honda CRV yang berparkir dibawah teduhan milik Cik Suraiya meluncur laju pulang ke rumah. Aku tinggal bersama kedua orang tuaku di Gombak.

" Mari sini Su, Abi dan Ummi mahu bincangkan terus. Hal ini tidak boleh ditangguhkan. " kata Abi.

" Abi, Su belum solat asar lagi ni. Izinkan Su solat dahulu ya ? "

Tuan Haji Haron mengangguk membenarkan.


>>> Bersambung <<<


- Ahmad Nizar Azham
-11/4/2013
-1.29 am
-Kota Seriemas Nilai.


Thursday 28 February 2013

Perjuangan


Hakikat perjuangan.

Dalam jamaah, jangan di abaikan mereka. Jangan fikir mereka kecil mereka tiada sumbangan.

Teringat daku kepada kisah Nabi Allah Ibrahim as yang telah dibakar kaumnya. Melihatkan Nabi Ibrahim as dibakar, sekawan burung tidak duduk berdiam diri. Mereka terus berulang-alik mengambil air kemudian melepaskannya kedalam api tersebut. Mereka mengulang perbuatan itu berulang kali. Lantas makhluk-makhluk lain yang melihat perbuatan mereka bersuara ,

" Buat apa kamu bersusah payah hendak mengambil air dan menyiramnya ke atas api itu ? Kamu fikir api yang besar itu akan terpadam dengan simbahan air dari kalian ? "

Maka jawab burung itu,
" Aku tahu yang air yang cuba ku simbahkan ini tidak akan dapat memadamkan api yang besar ini. Namun, aku pasti, Allah swt tidak akan bertanya sama ada aku berjaya atau tidak memadamkan api ini, tetapi yang akan dipersoalkan ialah apakah yang telah kamu sumbangkan atau apa yang telah kamu lakukan untuk membantu pejuangan agama ? "

Adakah kita ingin menjadi seperti seekor cicak ? Yang menghembus-hembus api itu dengan harapan api itu menjadi lebih marak.


Marilah tempelak diri kita. Renung dan muhasabah. Apakah sumbangan kita terhadap perjuangan agama Allah?  Apakah sumbangan yang telah kita lakukan untuk memenangkan agama Allah di muka bumi ini?
Atau kita lebih rela bersama dengan musuh-musuh Allah ? Lupa kah kita pada hadis Nabi saw ?





Dari Anas bin Malik r.a dia berkata:

 “Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw “ Bilakah hari kiamat akan berlaku wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Apa yang telah kau persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa, ataupun sedekah. Namun aku mencintai Allah dan RasulNya.” 

Maka Baginda bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.” 
(Imam al-Bukhari dan Muslim)


Justeru, anak muda! Ayuh bersama Ulama.

Anak Muda Bersama Ulama !