Tuesday 27 April 2010

Aku insaf!



Ni baru sakit kat dunia,
kita tak tau kt akhirat nnti!

Saturday 24 April 2010

Gambaran Mahsyar!

Gambaran Mahsyar

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Inimenunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal,Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam ygdisebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempatperhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulandihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpacahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yangdahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala.Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yangberganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dariatas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumiterbakar, bukit- bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasaikepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadilautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu perigi kepunyaan Nabi Muhammads.a.w. bernama Al-Kauthar yang mengandungi air yang hanya dapat diminumoleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau olehmalaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan hausselama-lamanya.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terikkecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
-. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar,semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan paraNabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagalkerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahandengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpaNabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpaRasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

15. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak dihadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalambahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitabamalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpinmasing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan iniadalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan
menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin,menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Dalam surah AnNahl ada menyebut:
"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ."
(An-Nahl ayat 105)

Hadis Nabi ada menyebut:
"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR:Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

Monday 12 April 2010

Sinopsi Dr Jekyll and Mr Hyde versi bahasa melayu!!

Cerita Dr Jekyll and Mr.Hyde ini adalah novel untuk pelajar tingkatan 3 (komponen kesusasteraan) bahasa Inggeris. Dipendekkan cerita....harap Yuyu dan yang lain-lain faham ya.

Ceritanya mengisahkan tentang seorang saintis dan doktor bernama Dr.Jekyll.Dia berasal daripada golongan orang ternama dan amatlah dihormati dalam masyarakat.Dr.Jekyll mempunyai 2 orang kawan yang amat rapat iaitu Mr.Utterson dan Dr.Lanyon. Mr.Utterson adalah seorang peguam dan Dr.Lanyon adalah seorang doktor. Mr.Utterson mempunyai seorang anak saudara bernama Mr.Enfield.

Suatu hari Dr Jekyll mencipta formula yang boleh mengubah dirinya menjadi orang lain apabila formula tersebut diminum. Setiap kali dia meminumnya dia akan menjadi Mr.Hyde, seorang yang berperwatakan benar-benar berbeza dengan Dr Jekyll. Dr Jekyll adalah seorang yang tampan dan bertubuh tegap sasa, juga seorang yang sangat baik dan dihormati dalam masyarakat. Mr.Hyde pula adalah seorang yang benar-benar berbeza. Fizikalnya kecil dan menakutkan, dan yang lebih dasyat lagi, dia seorang yang benar-benar jahat malah dia tanpa teragak-agak membunuh orang. Sebagai contohnya dia dengan tanpa perasaan belas, memijak seorang kanak-kanak perempuan bernama Eddie. Dia juga telah membunuh Sir Danvers Carew dengan tongkatnya setahun kemudian.

Sebagai Mr.Hyde, dia telah menyewa sebuah apartment di luar London. Pada masa-masa kemunculan Mr.Hyde, Dr Jekyll akan hilang dan tidak berjumpa dengan kawan-kawannya .Dr Jekyll juga menyediakan surat wasiat kepada kawannya Mr.Utterson, sekiranya berlaku apa-apa kepadanya, sekiranya Dr Jekyll tidak ditemui selama 3 bulan ataupun meninggal, semua hartanya akan diserahkan kepada Mr.Hyde. Ini menimbulkan syak wasangka kepada Mr.Utterson. Dia berfikiran mungkin My.Hyde telah menyembunyikan ataupun mengugut Dr.Jekyll.

Mereka berusaha menemui Dr Jekyll dan apabila ditanya berkenaan Mr Hyde, Dr Jekyll mengatakan yang dia sudah tiada kaitan apa-apa lagi dengan Mr.Hyde.

Masa berlalu dan Dr.Lanyon juga telah meninggal dunia.Dr Jekyll pula semakin memencilkan dirinya.Dr Lanyon telah meninggalkan surat untuk Dr Jekyll tetapi hanya boleh dibaca 10 tahun kemudian.

Pada suatu hari, Poole, ketua orang gaji Dr Jekyll telah datang ke rumah Mr Utterson memberitahu bahawa dia amat risau kerana Dr Jekyll telah mengunci dirinya di dalam makmal di bilik bawah tanah rumahnya. Sebenarnya bilik ini adalah sebuah makmal kerana Dr Jekyll adalah seorang saintis. Hanya sekali Dr Jekyll menyelitkan nota meminta Poole mendapatkan sejenis garam (salt). Poole juga mendengar suara-suara aneh seperti kesakitan dan menangis di dalam bilik tersebut.

Mr.Uttersonpun pergi ke rumah Dr Jekyll bersama Poole dan memecahkan pintu dan menemui mayat Mr.Hyde. Di dalam kabinet merah di mana mayat Mr.Hyde ditemui, mereka menemui sebuah sampul surat yang besar dialamatkan kepada Mr.Utterson.Di dalamnya Dr Jekyll menulis, meminta Mr.Utterson membaca surat daripada Dr.Lanyon.

Apa sebenarnya yang berlaku tertulis di dalam surat Dr.Lanyon. Surat Dr.Lanyon menjelaskan segala-galanya. Dia mengatakan yang suatu hari Mr.Hyde telah bertemu dengannya dan setelah meminumnya dia telah bertukar menjadi Dr Jekyll. Dr Lanyon amat terkejut dan merasakan bahawa Dr.Jekyll sudah gila.

Di dalam surat itu juga Dr Jekyll membuat pengakuan akan eksperimen-eksperimennya yang gagal. Dr Jekyll percaya bahawa di dalam diri setiap orang terdapat unsur baik dan jahat (evil) yang sentiasa di dalam konflik. Dia telah membuat eksperimen yang dapat memisahkan kedua-dua unsur ini jika meminum formula yang dibuatnya. Jadi dia boleh bertukar menjadi Dr Jekyll dan Mr.Hyde bila-bila masa. Keadaan ini berlanjutan agak lama.Tetapi akhirnya unsur jahat iaitu Mr.Hyde semakin berkuasa, dan untuk menjadi Dr Jekyll semula dia memerlukan formula yang lebih kuat dan banyak. Malah jika Dr Jekyll tidur, dia akan bangun sebagai Mr.Hyde. Ini menunjukkan unsur jahat telah menjadi semakin berkuasa.

Kerana risau Mr.Hyde akan menjadi kekal maka Dr Jekyll mengambil keputusan untuk melepaskan Mr.Hyde dan tidak lagi mahu bertukar. Ini kerana Mr.Hyde telah melakukan banyak kejahatan seperti membunuh. Selama beberapa bulan segalanya berjalan lancar. Akan tetapi Dr Jekyll belum lagi benar-benar melepaskan Mr.Hyde, malah dia teringin menjadi Mr.Hyde semula. Pada suatu hari dia telah menukar dirinya menjadi Mr.Hyde dan membunuh Sir Danvers. Kerana pihak polis mencari Mr.Hyde atas pembunuhan Sir Danvers Carew, Dr Jekyll benar-benar ingin menyingkirkan bahagian Mr.Hyde dari dirinya tetapi kini Mr.Hyde sudah berkuasa dan tanpa disedari, bila-bila masa sahaja Dr Jekyll akan bertukar menjadi Mr.Hyde. Formulanya untuk menukar diri menjadi Dr Jekyll kini tidak berkesan lagi. Garam (salt) juga telah habis dan akhirnya dia membunuh dirinya.Hanya dengan cara ini sahaja Mr.Hyde dapat dilepaskan dan Dr Jekyll dapat dibebaskan.

Thursday 8 April 2010

Gambar² di laman sosial yg tidak memenuhi tuntutan Syariatullah

Bismillahirraahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam yang telah menjadikan gunung- ganang, bukit-bukau dan sebagainya yang serba indah ini.

Sudah lama rasanya, saya tidak mengupdate blog saya ini.

Pada coretan kali ini, rasanya saya nak bincang sikit dengan si pembaca blog ini tentang laman sosial seperti Facebook, Myspace, Twitter dan sebagainya.

Nak cerita pasal penggunanya lah!
Kenapa?

Kita nak bincang pasal gambar atau paparan yang dipamerkan dalam laman tu lah.
Gambar- gambar yang melanggar SYARIATULLAH.!

Ape yang dikatakan melanggar syariatullah?, korang mesti taukan! Yang x menutup aurat dan yang sewaktu dengannya.

Bukankah ia suatu dosa? Disekolah bertudung, bila masuk alam maya, tak bertudung! Tak rasa bersalah ke ha?? X tau lah..

Tapi, bukan semua.! Yang masih bertudung, yang masih menjaga tatasusila sebagai wanita, x sesuka hati mempamerkan aurat di khalayak.. Tahniah lah!! Keep it up!!


Pesanan penulis,
Delete lah gambar2 yang x senonoh tu., bubuh la gambar2 yang sopan, bertudung. Bukan anda shaja berdosa, orang yang melihatnya juga berdosa.

Mana konsep ‘amar makruf nahi mungkar’ kita? Mengajak org kepada makruf mencegah orang kepada perkara2 mungkar.

Apabila anda mula merasakan paparan atau simpanan gambar-gambar anda di Facebook tidak memenuhi tuntutan Syariatullah, boleh menambah racun kepada manusia-manusia yang rosak hatinya, maka lekas-lekaslah menukarnya kepada yang lebih baik dan wajar, kerana anda bukan sahaja berdosa, bahkan mengheret orang lain berdosa bersama anda.

Tapi tak boleh salahkan perempuan 100%.. Lelaki pon ade gak yang berperangai mcm ni..

Ayuh,
Bangun An-Nisaa’!!
Tegakkan Syiar Islam.

Kesesatan Kuasa 'Hipnotisme'

Baru- baru ini saya ada menerima email.
Rasanya, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang Kuasa Hipnotisme.


"Di Kg Toradja (Indonesia) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana
mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri.
kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit
bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan
diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki
dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya
tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut. "



Hal ini jelas sesat dan boleh menyebabkan tergugatnya iman seseorang.

Allah swt berfirman:

زَعَمَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ لَنْ يُبْعَثُوا قُلْ بَلَى وَرَبِّي لَتُبْعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلْتُمْ وَذَلِكَ عَلَى اللهِ يَسِيرٌ

”Orang-orang yang kafir mengatakan bahwa mereka sekali-kali tidak akan dibangkitkan. Katakanlah: Tidak demikian, demi Tuhanku, benar-benar kamu akan dibangkitkan, kemudian akan diberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”

Hanya Allah sahajalah yang boleh menghidupkan semula dan mematikan orang mati.

Allah taala berfirman yang bermaksud:

Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang Yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).(Srh Al A'raaf,57)

Hal ini juga sama seperti 'Reiki' yang jelas sesat lagi menyesatkan.

Hipnotisme juga antara lain merupakan salah satu bentuk pendukunan yang menggunakan jin yang disihir oleh juru hypnosis (hypnotist) untuk menguasai pelanggannya sehinggakan orang itu berbicara dengan lisannya yang kadang- kadang memberikannya sebuah kekuatan untuk beberapa pekerjaan disebabkan penguasaannya itu.(kata-kata yang syirik)

Ianya tidaklah diperbolehkan bahkan termasuk perbuatan syirik karena ia telah meminta perlindungan kepada selain Allah swt.. (al Lajnah ad Daimah li al Buhuts al Ilmiyah wa al Ifta juz I hal 383)

Menurut kamus, Hipnotis itu adalah suatu tindakan yang membuat seseorang berada dalam keadaan hipnosis.

Jadi,
Hipnotisme adalah HARAM dan sesat lagi menyesatkan.

Mudah- mudahan Malaysia terhindar daripada perkara yang sesat ini.
Wallahualam.

Thursday 1 April 2010

Menziarahi rakan!

Perkara pertama sekali,
Takziah diucapkan kepada Saudara Agil Kabilan atas pemergian ayahanda tercinta.
Mereka yang pergi tetap pergi,
Kita yang hidup ini mesti teruskan hidup.

Pagi tadi,
atas inisiatif yang diambil oleh Sir Saravanan,
maka, kami ramai- ramai pergi menziarahi Agil di kelompok 3.
Apa yang boleh saya pesan,
"Sabar banyak- banyak ye, kuatkan semangat!"