Cerita Dr Jekyll and Mr.Hyde ini adalah novel untuk pelajar tingkatan 3 (komponen kesusasteraan) bahasa Inggeris. Dipendekkan cerita....harap Yuyu dan yang lain-lain faham ya.
Ceritanya mengisahkan tentang seorang saintis dan doktor bernama Dr.Jekyll.Dia berasal daripada golongan orang ternama dan amatlah dihormati dalam masyarakat.Dr.Jekyll mempunyai 2 orang kawan yang amat rapat iaitu Mr.Utterson dan Dr.Lanyon. Mr.Utterson adalah seorang peguam dan Dr.Lanyon adalah seorang doktor. Mr.Utterson mempunyai seorang anak saudara bernama Mr.Enfield.
Suatu hari Dr Jekyll mencipta formula yang boleh mengubah dirinya menjadi orang lain apabila formula tersebut diminum. Setiap kali dia meminumnya dia akan menjadi Mr.Hyde, seorang yang berperwatakan benar-benar berbeza dengan Dr Jekyll. Dr Jekyll adalah seorang yang tampan dan bertubuh tegap sasa, juga seorang yang sangat baik dan dihormati dalam masyarakat. Mr.Hyde pula adalah seorang yang benar-benar berbeza. Fizikalnya kecil dan menakutkan, dan yang lebih dasyat lagi, dia seorang yang benar-benar jahat malah dia tanpa teragak-agak membunuh orang. Sebagai contohnya dia dengan tanpa perasaan belas, memijak seorang kanak-kanak perempuan bernama Eddie. Dia juga telah membunuh Sir Danvers Carew dengan tongkatnya setahun kemudian.
Sebagai Mr.Hyde, dia telah menyewa sebuah apartment di luar London. Pada masa-masa kemunculan Mr.Hyde, Dr Jekyll akan hilang dan tidak berjumpa dengan kawan-kawannya .Dr Jekyll juga menyediakan surat wasiat kepada kawannya Mr.Utterson, sekiranya berlaku apa-apa kepadanya, sekiranya Dr Jekyll tidak ditemui selama 3 bulan ataupun meninggal, semua hartanya akan diserahkan kepada Mr.Hyde. Ini menimbulkan syak wasangka kepada Mr.Utterson. Dia berfikiran mungkin My.Hyde telah menyembunyikan ataupun mengugut Dr.Jekyll.
Mereka berusaha menemui Dr Jekyll dan apabila ditanya berkenaan Mr Hyde, Dr Jekyll mengatakan yang dia sudah tiada kaitan apa-apa lagi dengan Mr.Hyde.
Masa berlalu dan Dr.Lanyon juga telah meninggal dunia.Dr Jekyll pula semakin memencilkan dirinya.Dr Lanyon telah meninggalkan surat untuk Dr Jekyll tetapi hanya boleh dibaca 10 tahun kemudian.
Pada suatu hari, Poole, ketua orang gaji Dr Jekyll telah datang ke rumah Mr Utterson memberitahu bahawa dia amat risau kerana Dr Jekyll telah mengunci dirinya di dalam makmal di bilik bawah tanah rumahnya. Sebenarnya bilik ini adalah sebuah makmal kerana Dr Jekyll adalah seorang saintis. Hanya sekali Dr Jekyll menyelitkan nota meminta Poole mendapatkan sejenis garam (salt). Poole juga mendengar suara-suara aneh seperti kesakitan dan menangis di dalam bilik tersebut.
Mr.Uttersonpun pergi ke rumah Dr Jekyll bersama Poole dan memecahkan pintu dan menemui mayat Mr.Hyde. Di dalam kabinet merah di mana mayat Mr.Hyde ditemui, mereka menemui sebuah sampul surat yang besar dialamatkan kepada Mr.Utterson.Di dalamnya Dr Jekyll menulis, meminta Mr.Utterson membaca surat daripada Dr.Lanyon.
Apa sebenarnya yang berlaku tertulis di dalam surat Dr.Lanyon. Surat Dr.Lanyon menjelaskan segala-galanya. Dia mengatakan yang suatu hari Mr.Hyde telah bertemu dengannya dan setelah meminumnya dia telah bertukar menjadi Dr Jekyll. Dr Lanyon amat terkejut dan merasakan bahawa Dr.Jekyll sudah gila.
Di dalam surat itu juga Dr Jekyll membuat pengakuan akan eksperimen-eksperimennya yang gagal. Dr Jekyll percaya bahawa di dalam diri setiap orang terdapat unsur baik dan jahat (evil) yang sentiasa di dalam konflik. Dia telah membuat eksperimen yang dapat memisahkan kedua-dua unsur ini jika meminum formula yang dibuatnya. Jadi dia boleh bertukar menjadi Dr Jekyll dan Mr.Hyde bila-bila masa. Keadaan ini berlanjutan agak lama.Tetapi akhirnya unsur jahat iaitu Mr.Hyde semakin berkuasa, dan untuk menjadi Dr Jekyll semula dia memerlukan formula yang lebih kuat dan banyak. Malah jika Dr Jekyll tidur, dia akan bangun sebagai Mr.Hyde. Ini menunjukkan unsur jahat telah menjadi semakin berkuasa.
Kerana risau Mr.Hyde akan menjadi kekal maka Dr Jekyll mengambil keputusan untuk melepaskan Mr.Hyde dan tidak lagi mahu bertukar. Ini kerana Mr.Hyde telah melakukan banyak kejahatan seperti membunuh. Selama beberapa bulan segalanya berjalan lancar. Akan tetapi Dr Jekyll belum lagi benar-benar melepaskan Mr.Hyde, malah dia teringin menjadi Mr.Hyde semula. Pada suatu hari dia telah menukar dirinya menjadi Mr.Hyde dan membunuh Sir Danvers. Kerana pihak polis mencari Mr.Hyde atas pembunuhan Sir Danvers Carew, Dr Jekyll benar-benar ingin menyingkirkan bahagian Mr.Hyde dari dirinya tetapi kini Mr.Hyde sudah berkuasa dan tanpa disedari, bila-bila masa sahaja Dr Jekyll akan bertukar menjadi Mr.Hyde. Formulanya untuk menukar diri menjadi Dr Jekyll kini tidak berkesan lagi. Garam (salt) juga telah habis dan akhirnya dia membunuh dirinya.Hanya dengan cara ini sahaja Mr.Hyde dapat dilepaskan dan Dr Jekyll dapat dibebaskan.
MUHAMMAD ANUAR BIN MOHD ISMAIL.
ReplyDeleteTINGKATAN 3 (2011).
SEKOLAH MENEGAH TTDI JAYA.
Seseorang yg mempunyai DID perwatakan jht kerr baik???
ReplyDelete