Tuesday 25 October 2011

Identiti dan Kehidupan . =)


Mengapa perlu menjadi orang lain? Anda mahu berubah ke arah kebaikan? Bagus !
Tetapi kenapa perlu menjadi orang lain?

Jadilah diri sendiri. Semasa menjadi diri anda, perbaikilah segala kelemahan dan kekurangan diri. Anda adalah diri anda. Tidak ada gunanya menjadi orang lain , semata-mata mahu menonjolkan kesempurnaan di mata insani yang tak pernah puas?

Cukuplah dengan apa yang kita ada. Bersyukurlah seadanya ! Kita impikan rumah yang besar, namun kita ada hanya teres, BERSYUKURLAH ! Kita impikan kereta BMW , namun kita ada hanya myvi, BERSYUKURLAH !

Hitung kembali nikmat yang dah Allah bagi kat kita dari mula kita dilahirkan sampai ke saat ini? TAK TERHITUNG besarnya nikmat Allah kawan-kawan.

Berbalik kepada tajuk asal , identiti . Siapa anda sebenarnya? Apa yang anda mahukan dalam hidup? Tetapkan, supaya anda mampu membina landasannya sekarang. Tak perlu beritahu satu dunia tentang cita-cita anda , cukup anda tahu, dan anda berusaha ke arah itu.

Dalam hidup, kita perlukan teman @ sahabat. Tak ramai yang tahu menghargai sahabat. Tak ramai ! . Sungguh besar perbezaan antara sahabat dengan couple ! Sahabat yang baik menjadi pemandu arah kepada perjalanan kehidupan kita. Justeru, pilihlah sahabat yang baik. Tetapi jangan lupa , jika anda mahukan sahabat yang baik , anda terlebih dahulu harus menjadi sahabat yang baik ! Sarjana pernah berkata , " Anda ialah siapa kawan anda " .

Sekadar nukilan hati di waktu petang ditemani secawan teh-o bersama beberapa keping biskut 'mayat' sambil menghirup udara yang 'masih' nyaman !