Monday 27 December 2010

Ada apa pada Ketuanan Melayu ?



“Ketuanan Melayu” yang dicanang-canangkan oleh parti politik kerajaan hari ini adalah sebagai membawa maksud orang-orang Melayu adalah lebih mulia dari bangsa-bangsa lain di negara ini dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak ubah seperti fahaman yang diamalkan oleh bangsa Yahudi." Jelas Professor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin .

Dr Mohd Asri turut memberitahu forum bahawa konsep Ketuanan Melayu ini tidak pernah pun wujud sama sekali di dalam sejarah kewujudan bangsa Melayu dan malah semasa zaman kerajaan Melayu Melaka lagi, bangsa Melayu dihina oleh bangsanya sendiri.

Beliau menyarankan pihak tersebut supaya mengambil contoh istilah dan nama seperti Islam Hadhari kerana istilah Ketuanan Melayu menjadikan lebih ramai rakyat Malaysia takut dan akan ’memakan tuan sendiri’. Tuan di sini merujuk kepada parti politik pemerintah.

Beliau berkata demikian semasa forum Polemik Ketuanan Melayu anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat turut mendakwa istilah Ketuanan Melayu itu sendiri boleh menimbulkan banyak kekeliruan yang merosakkan. Beliau menasihatkan orang Melayu supaya terus menerus membantu bangsa sendiri tetapi jangan sampai merosakkan hubungan baik dengan kaum lain demi semangat bangsa yang tidak Islamik itu.

Menurutnya lagi, tafsiran agama Islam mengenai assabiah atau ketuanan bangsa sendiri adalah jelas dan menolak sama sekali konsep berkaitan dengan ketuanan bangsa. Maka boleh menjadi satu dosa apabila melanggar hukum Allah mengenai semangat assabiah ini.

Sumber : http://www.kl-today.com/

____________________________Ulasan Saya_______________________________

" Janganlah sesekali kita memperjuangkan bangsa, kalau kita memperjuangkan bangsa, mana kita nak letak cina muslim ? India muslim ? Hebat sangatkah melayu disisi Allah ? Tak salah sayang pada bangsa, tetapi jangan perjuangkan bangsa, bila kita perjuangkan bangsa, mesti berlaku penindasan ! Percayalah ! Penindasan terhadap Cina Muslim, terhadap India Muslim ! Perjuangkan ISLAM! apabila perjuangkan Islam, semua nasib terbela.. Yakinlah !

Monday 13 December 2010

Trend ?


Assalamualaikum wbt.
Pada entri kali ini saya nak sentuh sikit bab trend.

Trend ?
Trend apa ye ?

TREND SAMBUT HARI LAHIR DENGAN




TELUR


--DAN--


TEPUNG.



Allah memberi ancaman buat orang-orang yang suka membazir dalam Al-Quranul Karim Surah Al-Isra' ayat 27:


Maksudnya : " Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara
kepada syaitan, sedangkan syaitan itu makhluk
yang sangat kufur kepada Tuhannya."

Berat tu sebenarnya kawan-kawan !

Allah swt mempersamakan kita, mempersaudarakan dengan syaitan. Naudzubillahimindzalik.

Jangan marahlah kalau orang panggil anda setan, sebab sambut hari jadi dekat sekolah dengan telur dan tepung. Orang-orang yang berbuat perkara-perkara macam ni adalah adik beradik syaitan . Ni bukan saya kata.

tapi,

ALLAH KATA !

Cuba kita fikir, renung dan muhasabah diri.

Banyak lagi perkara lain yang berfaedah yang kita boleh buat nak sambut hari jadi kawan kita.

Macam-macam.

Kita boleh belikan kek kat dia, kita boleh nyanyi 'happy birthday' kat dia, kita boleh doa' kan kecemerlangan dia. Tetapi, bukan dengan cara baling tepung dan telur. Itu bukan cara orang Islam.

Kita mungkin ambil mudah perkara ini, kita mesti akan kata :

" Alah, berapa sangatlah harga tepung sebungkus dengan telur dua biji tuh ? "

Orang-orang macam inilah yang Allah sebut dalam Al Quranul Karim Surah Arrahman, Allah sebut dan ulang ayat ni 21 kali kalau saya tak silap :

" Fabi aiyi ala irobbikuma tukazziban "
Maksudnya : Manakah diantara nikmat Tuhanmu yang engkau dustakan !.

Apa jalan penyelasaiannya ?

Hentikanlah !

Lakukan perkara yang lebih berfaedah dan lebih bermanfaat untuk sambut hari jadi kawan kita. Kita belanja dia lepak-lepak kat As Salam pon lagi bagus daripada kita buat perkara-perkara yang ditegah oleh agama.

Saya bukan ustaz, saya bukan alim ulama' dan saya bukan sesiapa. Cuma, manusia biasa yang serba melakukan kesilapan. Betulkan saya jika salah.

Wallahua'lam !

Thursday 9 December 2010

Wednesday 8 December 2010

Pakaian ? Hmmm..



Inikah contoh pakaian ?
Bukalah minda,
buatlah penilaian.

Inilah antara cara yahudi merosakkan umat Islam..
melalui pakaian.
Renung-renungkanlah.


Tuesday 7 December 2010

Resah !


Resah menunggu keputusan !

Bila teringatkan tarikh keramat 28'Dis ni, mulalah tidur tak BASAH, mandi tak

KENYANG, makan tak LENA ! Ya Allah, anugerahkanlah kami kecemerlangan !

Bantulah kami ! Help us ! Give us the best for our result, Oh Allah

Friday 3 December 2010

Kesian betul kat Dia !





KUALA TERENGGANU: “Bayangkan perasaan anak saya apabila kawan-kawan memanggilnya hantu. Kejadian itu menyebabkan dia menjadi semakin pasif dan enggan ke sekolah tahun depan jika wajahnya belum pulih seperti sediakala.

“Saya sangat bimbang kerana emosinya terganggu, dia baru sembilan tahun dan cuba bayangkan apabila dia semakin meningkat remaja nanti,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, ibu dua beradik yang cedera teruk di muka apabila disimbah asid oleh bapa sendiri.

Che Ku Zaimah berkata, sebelum ini, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, pernah memakai topeng ke sekolah tetapi diejek hantu menyebabkan dia membuka topeng.

“Apabila topeng dibuka wajahnya memang teruk kerana daging pipi membengkak sekali gus menyebabkan hidungnya semakin mengecil dan masih dipanggil hantu,” katanya.

Menurutnya, doktor memaklumkan daging akibat simbahan asid akan membengkak dalam tempoh dua tahun dan itulah yang berlaku pada muka Nurul dan adiknya, Muhammad Irfan Firdaus, 2, malah bahagian belakang badannya yang terkena asid turut membonjol.


Sikap pasif dan malu kanak-kanak berkenaan terserlah kelmarin kerana ketika disapa wartawan Harian Metro di perkarangan mahkamah, dia hanya menundukkan muka dan enggan menjawab sebarang pertanyaan.

Harian Metro pada 16 Ogos lalu melaporkan seorang lelaki bertindak melempar asid hingga menyebabkan isteri, dua anak dan ibu mentuanya cedera berikutan berang dengan keputusan isteri berpindah ke rumah ibunya ketika mereka dalam proses bercerai.

Tertuduh, Mat Haizan Mat Yasin, 32, dikatakan memecah masuk ke rumah ibu mentuanya, Minah Omar, 56, dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi asid.

Tindakan tertuduh menyebabkan Nurul cedera parah di muka, manakala Muhammad Irfan juga cedera di muka.

Semalam, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen kerana perbuatannya.

Terdahulu, lelaki berkenaan dihukum penjara 10 tahun dan lima sebatan yang dijatuhkan mahkamah sama, 25 Ogos lalu, selepas mengaku menyimbah asid ke atas Che Ku Zaimah.

Ditanya sama ada dia masih mempunyai hati kerana masih sudi menjenguk suaminya di penjara, Che Ku Zaimah berkata, lawatannya ke penjara sekadar menunaikan janji kepada Nurul yang meminta untuk melihat ayahnya ketika dia masih terbaring di katil hospital.

“Saya hanya tunaikan janji, tak lebih daripada itu kerana sebagai manusia biasa saya boleh memaafkan kesalahannya tetapi yang lain biar dia dengan Tuhan...hanya Allah yang dapat memaafkan kesalahannya.

“Terus terang saya cakapkan saya sudah tiada hati untuk kembali dengannya tetapi jika anak ingin bertemu dengannya saya tidak akan menghalang kerana dia masih bapa mereka,” katanya.


" Kesian betul dekat budak perempuan tu, yang bapak dia tu binatang betul,
Simbah balik je asid kat muka bapak dia !
Baru bapak dia tau ! Bongokk ! "

Wednesday 1 December 2010

Pencuri ?


‎"Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan lelaki-lelaki yang buruk itu untuk wanita yang buruk, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik"

Surah An-Nur:26