Saturday, 30 October 2010

Bahasa2 yang perlu dielakkan.

Pada entri kali ini, penulis nak sama-sama kita buka mata sikit tentang bahasa-bahasa yang kita gunakan sehari-hari. Pernahkah kita periksa adakah bahasa yang kita gunakan itu bahasa yang baik? Bahasa yang keji ataupun tidak?


Tertarik dengan khutbah jumaat yang disampaikan oleh Imam Besar tengahari tadi, Al Fadhil Us Shukor telah membawakan petikan sebuah hadith nabi saw yang bermaksud, " Janganlah kamu memperolok-olokan orang lain kerana boleh jadi orang yang diperolokkan itu lebih baik dari kamu".


Penulis ingin melahirkan rasa kesal dengan sikap sesetengah individu yang bebas menggunakan bahasa tanpa disemak maksudnya, atau mungkin mereka tahu akan keburukan maksud bahasa tersebut tetapi terus menggunakannya tanpa rasa bersalah, apatah lagi bersalah pada Allah swt.


Bahasa-bahasa mencarut seperti bodoh, bangang, babi, setan dan seumpanya malah lebih teruk daripada itu wajar dielakkan. Malah kita menggunakan simbol-simbol seperti "&*%$#" ini sekalipun akan mendapat dosa daripada Allah swt kerana kita memang memasang niat untuk menggunakan perkataan keji berkenaan tetapi tidak dizahirkan.

Begitu jugalah dengan sikap sesetengah pengguna laman sosial seperti facebook, blog, myspce, twitter dan sebagainya yang bebas berkongsi status yang menghina orang tertentu dengan mengatakan ia bodoh, babi dan seumpamanya. Walaupun ianya dianggap remeh, tetapi perkara ini seharusnya dipandang berat oleh semua pihak.


Bahasa yang kita gunakan sehari-hari ini sememangnya melambangkan identiti dan peribadi seseorang. Jika kita menggunakan bahasa yang keji, maka keji jugalah akhlak dan peribadi kita.


Penulis mengambil kesempatan disini untuk sama-sama kita memuhasabah diri kita. Adakah kita pernah melakukan sedemekian rupa. Mengeluarkan kata-kata keji sesuka hati walaupun tidak dizahirkan dengan lisan tetapi ia tetap dizahirkan, dizahirkan dengan perkataan. Konsepnya masih sama.


Kalau ya jawapannya, maka, mulai saat dan detik ini, hentikanlah tabiat buruk itu. Gantikanlah ia dengan perkataan-perkataan yang baik kerana Nabi saw ada menyebut, "Kalimah yang baik merupakan sedeqah".

"Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul."

No comments:

Post a Comment