Thursday 11 April 2013

Menanti Sang Imam.



Aku menoleh ke kanan. Tiada siapa. Juga ke kiri. Masih tiada siapa.

***

Aku semak peti masuk mesej di telefon. Juga kosong. Tiada notifikasi, tiada panggilan tidak berjawab. Ku alihkan ikon telefon pintarku kepada ikon Whatsapp. Juga sunyi. Aku bermonolog ; 'Adakah ini sudah tercatat untukku? Tidak ada teman. Aku lihat orang lain bisa menjadi romantis bersama pasangan mereka. Tetapi aku ? Hanya terus menjadi manusia biasa yang mengalami rutin hidup persis manusia yang tidak punya hala tuju. '

Tiba-tiba Ummi datang menepuk bahuku,

" Anakku, usah bersedih. Allah sedang mengatur yang terbaik buatmu. Akak teruskan belajar erti hidup. Gali sebanyak mungkin hikmah. Kelak Allah tentukan jodohmu. Perjalanan musafir hidupmu masih jauh nak. "

Aku mengesat air mata. Ya aku sedar. Usiaku hampir mencapai 40 tahun.  Aku istigfar. Mungkin ini pengaruh syaitan. Namun adakah aku sudah di gelar anak dara tua?

Tiba-tiba telefon berdering. Satu mesej masuk.

' Assalamualaikum Siti. Awak apa khabar ? Apa perkembangan terbaru awak? Saya baru pulang dari Mesir. 
Kawan lama mu
- Dr Farid HUKM ' 

Puas aku memikir. Farid yang mana ? Allah berikan ilham, " Oh Ya! Farid waktu sekolah dulu. Jejaka kacak yang alim yang dulunya selalu menjadi rebutan gadis. Kenapa tiba-tiba dia menghubungi aku ? "

Aku balas mesejnya,

' Waalaikumsalam Doktor Farid. Saya sihat. Alhamdulillah. Apa mimpi awak tiba-tiba menghubungi saya ni ? '

Peti masuk kembali menyepi. Aku ngantuk. Kelopak mataku memberat. Komputer riba di padam. Aku lelapkan mata.


***

Ketika Aku sedang memberi 'talk' pada pelajarku di UIA. Telefonku berdering. Dari Ummi.

" Assalamualaikum Siti Suraya. Nanti lepas habis kamu mengkuliah. Pulang segera ke rumah ya. Ada hal mustahak mahu abi dan ummi bincangkan. "

Tidak sempat aku berkata-kata. Ummi mematikan telefon. Nada ummi serius.

Selesai kuliah hari itu, Aku bergegas pulang. Honda CRV yang berparkir dibawah teduhan milik Cik Suraiya meluncur laju pulang ke rumah. Aku tinggal bersama kedua orang tuaku di Gombak.

" Mari sini Su, Abi dan Ummi mahu bincangkan terus. Hal ini tidak boleh ditangguhkan. " kata Abi.

" Abi, Su belum solat asar lagi ni. Izinkan Su solat dahulu ya ? "

Tuan Haji Haron mengangguk membenarkan.


>>> Bersambung <<<


- Ahmad Nizar Azham
-11/4/2013
-1.29 am
-Kota Seriemas Nilai.


No comments:

Post a Comment