Thursday, 27 December 2012

SMK Kompleks KLIA. Dlm ingatan..


Kenangan terindah. Ya, aku boleh katakan itu kenangan terindah. Sangat indah. Hidup dalam sebuah keluarga besar yang macam-macam ragam. Kadang-kadang, gunung Everest pon boleh meletus. *Ramai yg tak tahu, Everest sebenarnya gunung berapi..(Auta bkn fakta)

Kini, secangkir kenangan boleh diimbau kembali. Buat tatapan esok-esok.

*AMARAN. Ibu mengandung, pesakit jantung dan orang lemah semangat serta Pakcik Jual aiskrim tidak dibenarkan meneruskan pembacaan. Kalau ada kehilangan nyawa dan jualan aiskrim tak laku, saya tak bertangungjawab! :P

***

Sekolah itu banyak mengajar aku. Erti hidup. SMK Kompleks KLIA. Sekolah yang telah memanusiakan aku.. Dari zero -> hero. Biarlah aku tak sambung belajar ke MRSM Alor Gajah. Aku nak terus berjasa pada sekolah tu. Ya! Aku dpt tawaran. Tp aku tolak. Aku masih ingat... Waktu tu aku tengah basuh-basuh khemah pengakap.. nak camping pengakap dekat kem Labu lah katakan...  Sekali Cikgu Sakdiah PK Hem datang...

" Nizar, mak awak call cikgu.. Awak dapat tawaran MRSM dkt Melaka. Mereka nak jawapan hari ini. So, awak nak pergi ke ? "

8 Saat aku berfikir...

" Takpelah cikgu, saya taknak lah. "


Haha mudah bukan keputusan aku. Aku bangga dengan pilihan aku. Waimma SMKKKLIA bukanlah SBP, cluster atau apa2 yang setaraf.. Namun, SMKKKLIA mempunyai 'sesuatu' yg boleh aku banggakan ! Ya, banggakan ! Siapa kata sekolah harian biasa tak boleh lahirkan IR, DOKTOR, PROFESSOR, Graduan??? Siapa kata??


tulah sekolah ku.. madrasati jannati.. sekolahku syurgaku! haha




Form 1(2008) 

Berbekalkan keputusan 2A 3B aku utk UPSR.. Maka berbaktilah aku pada kelas 1 Waja. Baru. Takut. Seronok. Perasaanku bercampur baur. Aku masih ingat guru kelasnya.. Cikgu Seri Norfasa. Wajahnya masih segar diingatan. Di Form 1, aku belajar betul-betul. Aku pulun. Aku masih ingat dua-tiga orang guru yang tak putus-putus beri semangat.. Ustazah Norliza.. Cikgu Anis Salwanis.. Mereka kata... 

" Tak mustahil awak boleh kalahkan diorang yang ada kat kelas 1 suria tu.  Usaha sungguh2! UPSR tu bukan beri makna sangatpun"

Aku pegang sungguh kata-kata itu. Seolah-olah menyihir aku. Kalau aku malas belajar, aku ingat kata-kata tu... aku pasti akan semangat balik.... :) Terima kasih guruku... Doaku hadiah bt kalian moga terus dirahmati Allah..

Aku juga pernah ditawarkan jadi pengawas, tapi aku tolak. tepis. Alasan aku beri, mahu pindah... Haha. kretip.

Naah, ujian akhir tahun aku cuba yang terbaik. Alhamdulillah, tempat pertama Allah beri padaku. Allah sedang mengujiku pd ketika itu.. DIA ajak berbicara sebenarnya.. 

" Wahai hambaku, Aku beri ini. Kau jangan sombong dan bongkak ya! Ingat ini nikmat-Ku!"

Lantasku, bersyukur pada Allah. Tertera di slip keputusan :
KDK- 1
KDT - 28

Aku bermonolog, " Kalau dlm tingkatan 28, maknanya tahun depan aku 2 suria ? Oh tidak. *kejutan budaya.

*lantas aku pengsan 2 Bulan (ni tipu)

2 Bulan berikutnya,

2 SURIA 2009

Pendaftaran haritu. Nah, betul sangkaan aku 2 bulan sebelum tu. Aku lihat senarai paparan kelas di papan kenyataan.. Ah, betul aku 2 suria. *habislah aku. Budaya baru...masyarakat baru..

Aku duduk, diam di kerusi baris kedua... sebelah aku haris aiman.. depan tu meja cikgu. Aku masih ingat, Pn Balkkis guru kelas aku. Dia mmg garang, tapi caring... hehe. 

"Ada sapa volunteer nak jadi ketua kelas? atau tolong cadangkan sesiapa.."

*Krikk..krikk* bunyi cengkerik kedengaran..
Kelas sunyi, ada orang tapi semuanya bisu.

Paappp, tcher balkkis tunjuk aku.. Oleh sebab aku tdak berbaju kuning ketika itu... 

"Awak jadi ketua kelas eh! " tegas nada beliau.

" Err, tcher.. tahun lepas saya dah jadi ketua.. bg orang lain la. err."

oh ya, lupa nak bagitahu, aku waktu form 1 ketua tau.. hehe :3

" It's okay. Tahun lepas ketua, thun ni pon ketua la. no problem "

Aku tunduk lemahhhh~ Dah la kelas baru.. Masyarakatnya 'macam' sombong. Kelas pandai katakan.
Alih-alih aku budak hingusan, dari kelas belakang, pergi memimpin budak-budak pandai kelas hadapan??

Satu tamparan hebat buat aku. Macam terkena petir... Rasa nak terjun banggunan masa tu.. namun aku gagahkan. Juga ujian~



**TO BE CONTINUED~




No comments:

Post a Comment