Satu tamparan hebat buat aku. Macam terkena petir... Rasa nak terjun banggunan masa tu.. namun aku gagahkan. Juga ujian~
Tahun itu aku mulakan seperti biasa. Hiduplah sebagai seorang Ahmad Nizar yang tidak punya apa-apa. Mula-mula, memang kekok. Maklumlah, budak kampungan pergi bergaul dengan budak elit bandar yang hanya tahu makan coki-coki guna straw sahaja. Tapi, lama kelamaan aku boleh membiasakan diri. Kadang-kadang aku rasa, aku terlebih bandar dari yang bandar! haha.
Aku masih ingat, hari pertama di tingkatan 2, Di dewan.. Bekas cikgu sains form 1 aku, Cg Anis Salwanis.. datang kepadaku dan berkata, " Tahniah Nizar masuk kelas S ".
Aku angguk dan senyum. bangga dan seronok. Tak lupa syukur. " Terima kasih cikgu !"
Sejarah aku menjadi pengawas ni dirintis oleh Pn Balkkis... Masa tu kelas BI.. dia panggil aku dan rakan-rakan yang lain ke depan. Aku heran. ' Apasal nie ?' getus hati kecilku. cewah..
"Mari keluar jap" Teacher Balkkis bersuara.
" Awak semua ni akan saya akan cadangkan jadi pengawas, nak tak? "
' Ahhh sudah, ni lah benda yang paling aku tak suka sekali' monolog.
Namun entah kenapa mulut aku ni pergi bersuara ' Boleh juga teacher '
Lantas, aku cubit mulutku. Celupar sangat. Selang beberapa hari, Cikgu Hashimah Idrus panggil aku. macam ujian la.. cikgu shimah suruh aku angkat tangan ikrar, nyanyi lagu negaraku.. Itu aja temuduganya.
dan akhirnya, surat lantikan menjadi pemimpin pelajar, aku terima.. Pelik sungguh. Hehe.
Akademiknya, aku tak mampu lah nak bersaing dengan sihat kat kelas 2 suria tu. Kau bayang, aku hanya mampu dapat tempat 20 lebih saja.. jarang betul top ten. Top 20 tu ada la.. Kalau aku pecut lebih-lebih, nanti enjin aku semput. Haha...
Aku perhatikan, ramai yang kecundang. Tingkatan 1 mereka 1 suria, namun di tingkatan 2 mereka ke kelas intelek.. Bukan mahu sombong, tapi mahu mengambil peringatan... Hidup nie jangan leka... Aku pastikan result aku tak teruk sangat.. dan tak bagus sangat! hahaha. medium gitu awak!
Tulah gamba kelas aku waktu form 2. Childish gitu. |
Takut sungguh kalau aku tergelincir... Akhirnya aku berjaya mantain nyawa-nyawa ikan ke kelas 3 suria..
3 SURIA 2010
~To be continued~