Tuesday, 13 December 2011

Ah Kau ! Poyo je lebih !





Pasti ada saja cakap-cakap manusia bila kita mula melakukan kebaikan . Bila kita mula meberi . Orang lupa, " Erti Hidup Sebenar Adalah Pada Memberi " . Kita update status-status yang berunsur dakwah, mengajak orang kepada-Nya, ramailah pulak orang duk bercakap ,

" Ah dia tu ! Poyo je lebih , sikit-sikit nak bubuh kata-kata hikmah , berlagak. nyampah! "

Kan ? Mesti ada je orang nak bercakap-cakap . Kenapa ? Kau nak kata dia riak ? Menunjuk bagus ? Eh, c'mon lah ! Mana kau tahu dia riak ?

CONTOH SITUASI

Ali : Kenapa kau cakap mcm tu ?

Abu : Tengok la dia tu , macam bagus .. Setiap hari ada je hadis , kata-kata hikmah la dia post .. Meluat aku . Tu dia nak riak la tu .

Ali : Kau ni memandai je Ali . Tak baik oh tuduh orang macam tu .

Abu : Kalau betul dia riak, nak menunjuk ??

Ali : Tegur la dia secara bersopan dah tertutup . Kan cantik . Dah tegur belum ?

Abu : Belum , kalau dia tak nak terima ?

Ali : Cuba dulu . Selebihnya serahkan pada Sang Khaliq.

Abu : Ahh, dia susah nak ditegur !

Ali : Apa kurangnya kau Abu ? Aku rasa dia lagi bagus, update perkara-perkara yang mendatangkan faedah . Bukan macam sesetengah orang kat facebook tu , setiap seminit update status ! bajet artis je, Kalau update perkara berfaedah takpa jugak . Ini duk cerita mak dia belikan dia baju la, gaduh dengan adik la.. Merepek gila status2 dia . Aku pulak naik meluat !

Abu : Erk ! Terasa aku .


Saya pernah terbaca majalah Gen-Q , Cikgu Yasser, salah seorang kolumnis majalah berkenaan berkata , " Sharing is caring , dan saya ingin menambah, BUT NOT EVERYTHING " .


Ini kita setiap benda nak post dalam facebook , dah tahu lapar , pergi MAKAN. Bukan update status tulis "lapar !" , BOLEH KENYANG KE ? Dah tahu ngantuk , pergi tidur dan bukannya update status tulis " ngantuk " , BOLEH HILANG KE NGANTUK TU ?.

Sebaliknya, jadikanlah facebook sebagai medium untuk dakwah, mendekatkan seorang kepada sifat-sifat mahmudah , dan bukannya menjadikan facebook sebagai medium untuk mengumpat orang, mencarut , memaki hamun orang !

Jika asyik mencari kesalahan manusia dan terus menindas manusia tersebut, bermakna anda terlupa pada hakikat sebenar iaitu, kesilapan diri sendiri . Ingatlah ! Setiap manusia ada kelebihan dan PASTI ada kekurangan . Kita tidak maksum.

‎"Sesungguhnya aku sdg menasihati kamu, bknlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bkn juga yg plg soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan” (Imam Hasan Al-Basri)

Sekian