Friday, 23 December 2011
Tuesday, 13 December 2011
Ah Kau ! Poyo je lebih !
Pasti ada saja cakap-cakap manusia bila kita mula melakukan kebaikan . Bila kita mula meberi . Orang lupa, " Erti Hidup Sebenar Adalah Pada Memberi " . Kita update status-status yang berunsur dakwah, mengajak orang kepada-Nya, ramailah pulak orang duk bercakap ,
" Ah dia tu ! Poyo je lebih , sikit-sikit nak bubuh kata-kata hikmah , berlagak. nyampah! "
Kan ? Mesti ada je orang nak bercakap-cakap . Kenapa ? Kau nak kata dia riak ? Menunjuk bagus ? Eh, c'mon lah ! Mana kau tahu dia riak ?
CONTOH SITUASI
Ali : Kenapa kau cakap mcm tu ?
Abu : Tengok la dia tu , macam bagus .. Setiap hari ada je hadis , kata-kata hikmah la dia post .. Meluat aku . Tu dia nak riak la tu .
Ali : Kau ni memandai je Ali . Tak baik oh tuduh orang macam tu .
Abu : Kalau betul dia riak, nak menunjuk ??
Ali : Tegur la dia secara bersopan dah tertutup . Kan cantik . Dah tegur belum ?
Abu : Belum , kalau dia tak nak terima ?
Ali : Cuba dulu . Selebihnya serahkan pada Sang Khaliq.
Abu : Ahh, dia susah nak ditegur !
Ali : Apa kurangnya kau Abu ? Aku rasa dia lagi bagus, update perkara-perkara yang mendatangkan faedah . Bukan macam sesetengah orang kat facebook tu , setiap seminit update status ! bajet artis je, Kalau update perkara berfaedah takpa jugak . Ini duk cerita mak dia belikan dia baju la, gaduh dengan adik la.. Merepek gila status2 dia . Aku pulak naik meluat !
Abu : Erk ! Terasa aku .
Saya pernah terbaca majalah Gen-Q , Cikgu Yasser, salah seorang kolumnis majalah berkenaan berkata , " Sharing is caring , dan saya ingin menambah, BUT NOT EVERYTHING " .
Ini kita setiap benda nak post dalam facebook , dah tahu lapar , pergi MAKAN. Bukan update status tulis "lapar !" , BOLEH KENYANG KE ? Dah tahu ngantuk , pergi tidur dan bukannya update status tulis " ngantuk " , BOLEH HILANG KE NGANTUK TU ?.
Sebaliknya, jadikanlah facebook sebagai medium untuk dakwah, mendekatkan seorang kepada sifat-sifat mahmudah , dan bukannya menjadikan facebook sebagai medium untuk mengumpat orang, mencarut , memaki hamun orang !
Jika asyik mencari kesalahan manusia dan terus menindas manusia tersebut, bermakna anda terlupa pada hakikat sebenar iaitu, kesilapan diri sendiri . Ingatlah ! Setiap manusia ada kelebihan dan PASTI ada kekurangan . Kita tidak maksum.
"Sesungguhnya aku sdg menasihati kamu, bknlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bkn juga yg plg soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan” (Imam Hasan Al-Basri)
Sekian
Tuesday, 25 October 2011
Identiti dan Kehidupan . =)
Mengapa perlu menjadi orang lain? Anda mahu berubah ke arah kebaikan? Bagus !
Tetapi kenapa perlu menjadi orang lain?
Jadilah diri sendiri. Semasa menjadi diri anda, perbaikilah segala kelemahan dan kekurangan diri. Anda adalah diri anda. Tidak ada gunanya menjadi orang lain , semata-mata mahu menonjolkan kesempurnaan di mata insani yang tak pernah puas?
Cukuplah dengan apa yang kita ada. Bersyukurlah seadanya ! Kita impikan rumah yang besar, namun kita ada hanya teres, BERSYUKURLAH ! Kita impikan kereta BMW , namun kita ada hanya myvi, BERSYUKURLAH !
Hitung kembali nikmat yang dah Allah bagi kat kita dari mula kita dilahirkan sampai ke saat ini? TAK TERHITUNG besarnya nikmat Allah kawan-kawan.
Berbalik kepada tajuk asal , identiti . Siapa anda sebenarnya? Apa yang anda mahukan dalam hidup? Tetapkan, supaya anda mampu membina landasannya sekarang. Tak perlu beritahu satu dunia tentang cita-cita anda , cukup anda tahu, dan anda berusaha ke arah itu.
Dalam hidup, kita perlukan teman @ sahabat. Tak ramai yang tahu menghargai sahabat. Tak ramai ! . Sungguh besar perbezaan antara sahabat dengan couple ! Sahabat yang baik menjadi pemandu arah kepada perjalanan kehidupan kita. Justeru, pilihlah sahabat yang baik. Tetapi jangan lupa , jika anda mahukan sahabat yang baik , anda terlebih dahulu harus menjadi sahabat yang baik ! Sarjana pernah berkata , " Anda ialah siapa kawan anda " .
Sekadar nukilan hati di waktu petang ditemani secawan teh-o bersama beberapa keping biskut 'mayat' sambil menghirup udara yang 'masih' nyaman !
Monday, 8 August 2011
Sudah-sudah la tu !
Bismillahirrahmanirrahim ,
Dah lama saya nak bercakap soal nih , tapi macam tak da kesempatan . Tapi kali ni mungkin berkesempatan . Bukan apa , teman kadang2 menyampah baca news feed dekat facebook atau dekat blog2. Dah kau menyampah , kenapa kau baca ? Dah aku bukak facebook , memang aku bacalah terpampang dkt wall aku.. tak habis2 kecewa dengan boy friend atau girlfriend atau yang seumpama dengannya !
Bukan apa , korang mcm memperbodoh diri sendiri. Dah laki@perempuan tu taknak dekat kau , tak payah lah jadi 'murah' sangat pegi menagih simpati kononnya kau lah jiwa raga aku , aku tak boleh hidup tanpa kau !! Come on lah !
Gua mual baca semua tuhh ? Seluar dalam lu pon mak lu belikan , ada hati nak bercinta coupling dupling bagaii.. Lu baru sekolah menengah , sibuk nak bercinta.
Pastu orang tak layan , lu mula lahhh.. menggedik tak tentu pasal.. baik laki apatah lagi pompuan.. tapi perempuan lahh lebih sikit..
Jagalah la sikit 'harga' urself tu, korang seakan 'memperhambakan' diri korang dekat tempat yang tak sepatutnya.. sorry to say , but itulah realitinya..
Yang gua tak bley bla, part korang kecewa menoggeng tuh ! tulis aku kecewa , hatiku hancur.. kau sombong, habis madu sepah dibuang... kalau aku jadi lebah an , aku buang kau2 sekali,, dah la amek madu aku , sepah aku pon kau buang.. contoh !! ini perumpamaan..
Tak payah la buang masa dengan percintaan berlandaskan nafsu semata-mata nieh .. Focus on your study. Update lah status facebook dengan perkara yg lebih faedah dan berinspirasi daripada post ntah ape2 pasal makwe pakwe kau yang tak kemane tuu..
Atas penuh hemat saya menaip entri ini bertemankan angin petang yang damai. Fokus entri ini adalah untuk menyedarkan sahaja. Tiada niat selain daripada itu. Kalau anda berfikiran entri ini bertujuan untuk memburukkan mana2 pihak , maka ia terkeluar daripada fokus entri ini !
Friday, 29 April 2011
Maj Anugerah Cemerlang DCA @ Pan Pacific
Monday, 14 March 2011
SBP's + KLIA's = Friendship never end !
From left : Athirah , Khanisa , Dhini , Tasha , Fakhri , Aiman , Fikri , Zakhuan , Haris, Ridhwan, Hisyam , and Qayyum.
SBP’s
Zakhuan Kashaf from MCKK !
Fatin Kamilia form Sains Kepala Batas !
Aiman Johari from Sains Rembau !
Dhiya Dhini from Sekolah Tun Fatimah!
Fikri Rosli from Sains Rembau !
Khanisa Khilmie from Sains Tuanku Syed Putra!
Aliff Qayyum form SASER !
Natasha Thalhah from SESERI
Subscribe to:
Posts (Atom)