Wednesday, 6 June 2012

Sempat tak ni ?


Sabtu, 31 Mei 2012.

Chemistry course by Tcher Haffa Izzah is toe-tally awesome! Penyampaiannya begitu berkesan ! Aku pon terkesan. Dikesan oleh Ckgu Suzana. dan akhirnya PENGSAN.

Hampeh! Alih-alih aku dipanggilnye ke depan utk buat ! *haha

Maksud KIMIA.
Kimia
Itu
Mudah
Insyaallah
A++

Alamak, aku lupa. Course ni habis pukul 4.30. Abang aku pegi beli tiket bas balik Aloq Setaq pukul 2.30. Makanya, aku terpaksa berkorban tinggalkan course ni pukul 1.30. waktu rehat makan nasi tomato *cik timah. haha

Abang aku amek pukul 1.40. Balik rumah, langsung aku tak rushing. Bole sempat on laptop update twitter ! Huh! Pastu abang aku bising, Aku mandi... blabla..

Keluar rumah pukul 2.03 petang. Abang aku kata " Sempat tak ni ? "

Hyundai Getz merah milik Cik  Yah di pandu laju ! Haha. Tapi, jalan ke seremban melalui jijan,lbj, sendayan, ikut gadong terlalulah berliku ! Nak pecut depan ada lori... Aduh! Nak potong. Kereta laju dr sana. 

***

Jam dah pukul 2.30 petang. Dan aku masih belum smpai Terminal 1 lg. Aku dah gelabah. abang aku da bising. "Haishh, sempat tak ni ?"


Aku menyedapkan hati. Takkan bas tu gerak sharp pukul 2.30 ? mesti dia extend time sikit. Aku cuba. Tapi tak mampu. Uh. Aku tetap tak sedap hati. Dalam hati aku pohon doa, ' Ya Allah, mudah-mudahan sempat '.

Sampai di terminal one lebih kurang jam 2.37 petang. Aku segera. Bukak pintu belakang. Ambil beg sgala. Jalan dengan pantas ke lane 25. Ya 25, aku masih ingat angka itu. Syukur ! Bas Jelita Sdn Bhd belum bergerak. Aku gembira.

Abang aku kata , " Haa! Nasib baik sempat " Aku senyum. Salam abang, then aku naik bas.tingkat atas. Kosong. Tak ramai yang naik. Pedulilah, janji aku dah naik. 2.45 baru dia gerak. Rupa-rupanya . ini bas loncat *kata orang utara. *Aku tarik nafas.

***

Dekat 10 jam baru sampai Shahab, Aloq Setaq. Kau imagine! Tolak pkul 2.45 sampai pukul 12.03 ? Tak menangis kau? Dia singgah Kajang, Pudu, Pulau pinang, Sungai petani, alor setar .. tapi apakan daya. Aku redha kan. Janji sampai. 

Telefon aku tak habis2 berdering, kejap dari ayah, kejap dari mama, kejap dari cikyah. Semuanya soalan yang sama " ADA DIMANA SEKARANG NI ? " Puas aku membalas satu persatu. Kadang2 aku biarkan. Apa mereka tak duduk sebumbung ke? Jenuh la kredit aku. 

Monday, 4 June 2012

Hijau dimana-mana.




Takbir! !
Dah tiba masanya !
Ayuh, hijaukan putrajaya!

Thursday, 31 May 2012

Jujur, aku sedih.


Jujur Aku Sedih. Tapi tidak mengapalah Nizar. Mungkin sampai satu masa kau akan mengerti yang tersirat. 


Aku terlalu jahil. Aku terlalu bodoh. Apa lagi? Complete set. Titik.



Wednesday, 30 May 2012

Akhirnya, aku berputus asa !


Cukuplah atas apa yang dah berlaku. Aku penat. Sangat penat. Cukuplah sampai sini saja. Aku takkan lagi jadi seperti dulu.

Kalau dulu mungkin aku tidak akan berputus asa sekali-kali, tapi sekarang ya. aku berputus asa :'(

Aku dah hilang sumber kekuatan. Aku ingin berehat. Nak menjadi Nizar yang baru. Bukan lagi Nizar yang dulu. Hmmm... Penat dihentam, dikritik, diperli, dikutuk. Aku diamkan. Mungkin ianya kelakar. Sekali dua mungkin tak apa. Tapi berkali-kali?

Sudah la. Aku akan jadi lebih serius selepas ini. Mungkin tidak akan ada jenaka yang keluar lagi. Aku dah penat !

Mungkin ini pengajaran buat aku. Dengan orang, jangan terlalu baik, jangan terlalu mesra. Macam-macam pengajaran yang booleh digali sebenarnya. Tapi . . . aku tak sekuat itu.

Ada orang sms aku , dia kata...

Nabi dalam berdakwah pon kene baling batu. Kena hina,kutuk. Baling dengan najis....
..... kalau kau deactivate fb utk rehat dan gali hikmah. Silakan... ...


Tambah beliau,

....Allahu Musta'an.


Ya! Allahu Musta'an. Hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan. Ia membuatkan aku terfikir. Benar, jika kita terus lari. Mendiamkan diri. Itu bukan sebaiknya. Hmmm..

Jika kamu sedang diuji, ketahuilah Allah sayang kamu. Ya! Aku pegang yang itu.

Tapi, aku tak sekuat itu. Aku perlu berehat. Mungkin sekejap, mungkin lama. Tengoklah.

Manusia takkan pernah lari dari masalah. Itu aku akui. Aku sendiri pun. Masalah, masalah, masalah. Aku cuba untuk kuat selama ini. Aku cuba. Ya, dulu mungkin mampu. Sekarang tidak lagi. Biarkanlah aku berehat untuk menyembuhkan luka. Doakan aku ya !

Salam.

p/s: " Tak semua benda kelakar. "

Saturday, 12 May 2012

Tetamu Allah.


Madinah dan Mekah.
Seseronok tempat yang pernah aku jejak di dunia ni. Memang aku akui, tiada tempat lain yang 'feel' dia macam Madinah dan Mekah. Aku memang tak pernah menjejakkan kaki lagi ke London, Australia, Bali mahupun mana-mana tempat terbaik dunia yang orang kata seronok, tapi aku yakin, Ya! Seyakin-yakinnya, Haramain ini adalah tempat terbaik dunia. Tempat Nabi Muhammad saw.

Hajah Puziyah Baharom. Insan inilah yang telah membuatkan impian aku menjadi nyata. Impian aku untuk menjadi tetamu Allah selama ini. Insan yang aku sayang ini ialah Ibu Saudara aku. Aku sangat bersyukur terutamanya pada Allah, kerana mengutuskan 'Cik Yah' sebagai jambatan untuk aku mendekatkan diri pada-Mu Rabb! Moga Allah limpahkan Cik Yah dengan limpah kurnia-Mu ! Ameen.

Bergambar dengan TGUH selaku ketua rombongan sebelum menaiki pesawat Saudi bertolak ke Madinah.

Tiba di Lapangan Terbang Madinah, cuacanya sangat sejuk. Sejuk sekali. Teruja benar sampai ke tempat orang. Tempat Muhammad saw. Memijak sahaja bumi barakah ini bagaikan satu nikmat. Alhamdulillah, proses memunggah bagasi agak cepat dilakukan. 

***


Itulah subuh pertama di Masjid Nabawi. Kaki ini melangkah begitu laju dengan penuh keterujaan. Pagi itu jam 3.00 pagi waktu Saudi. Aku sudah bangun. Mandi-mandi. Terus mengenakan jubah hitam milik ayah.  Terus bergerak ke Masjid Nabawi dengan cikyah. Aku tak tahu jalan. Aku hanya mengekori dari belakang, berbeza dengan Cik Yah yang sudah 5-6 kali menunaikan Umrah. Pengalamannya banyak membantu. Sedikit sebanyak.

Kini Masjid Nabawi depan mata. Dengan kesyahduan dingin pagi, keindahan masjid Nabi. Aku kaku. Sebak. Syahdu. Kelu. Semua ada. Allah panggil jugak aku yang banyak dosa ini kesana. Perasaan yang tak pernah aku rasa sebelum sebelum ini. Allahu rabbi.


Pagi itu aku terus bergerak ke hadapan. Hadapan masjid. aku terpinga-pinga. Mereka menyuruh aku mencari raudhah. Tetapi aku tidak tahu dimana raudhah ? Di mana raudhah ? Rupa-rupanya karpet hijau yang aku pijak ini adalah raudhah, tapi sayang masa itu aku tak tahu itu raudhah. Dan akhirnya aku bergerak ke belakang. Kalaulah aku dapat di Raudhah tadi... Alangkah indahnya.....



Tahajjud, taubat, hajat, segala macam. Untuk menghilangkan kotoran dosa dan titik hitam yang melekat ini, bukan senang. Bukan mudah. Jadi aku pulun. Bukan senang nak kemari. Air zam-zam aku minum sepuas-puasnya.

Air zam-zam ini akan menjadi apa yang kamu niatkan (Muttafaqun Alaih)


Hadis.

To be continued ...

Tuesday, 13 December 2011

Ah Kau ! Poyo je lebih !





Pasti ada saja cakap-cakap manusia bila kita mula melakukan kebaikan . Bila kita mula meberi . Orang lupa, " Erti Hidup Sebenar Adalah Pada Memberi " . Kita update status-status yang berunsur dakwah, mengajak orang kepada-Nya, ramailah pulak orang duk bercakap ,

" Ah dia tu ! Poyo je lebih , sikit-sikit nak bubuh kata-kata hikmah , berlagak. nyampah! "

Kan ? Mesti ada je orang nak bercakap-cakap . Kenapa ? Kau nak kata dia riak ? Menunjuk bagus ? Eh, c'mon lah ! Mana kau tahu dia riak ?

CONTOH SITUASI

Ali : Kenapa kau cakap mcm tu ?

Abu : Tengok la dia tu , macam bagus .. Setiap hari ada je hadis , kata-kata hikmah la dia post .. Meluat aku . Tu dia nak riak la tu .

Ali : Kau ni memandai je Ali . Tak baik oh tuduh orang macam tu .

Abu : Kalau betul dia riak, nak menunjuk ??

Ali : Tegur la dia secara bersopan dah tertutup . Kan cantik . Dah tegur belum ?

Abu : Belum , kalau dia tak nak terima ?

Ali : Cuba dulu . Selebihnya serahkan pada Sang Khaliq.

Abu : Ahh, dia susah nak ditegur !

Ali : Apa kurangnya kau Abu ? Aku rasa dia lagi bagus, update perkara-perkara yang mendatangkan faedah . Bukan macam sesetengah orang kat facebook tu , setiap seminit update status ! bajet artis je, Kalau update perkara berfaedah takpa jugak . Ini duk cerita mak dia belikan dia baju la, gaduh dengan adik la.. Merepek gila status2 dia . Aku pulak naik meluat !

Abu : Erk ! Terasa aku .


Saya pernah terbaca majalah Gen-Q , Cikgu Yasser, salah seorang kolumnis majalah berkenaan berkata , " Sharing is caring , dan saya ingin menambah, BUT NOT EVERYTHING " .


Ini kita setiap benda nak post dalam facebook , dah tahu lapar , pergi MAKAN. Bukan update status tulis "lapar !" , BOLEH KENYANG KE ? Dah tahu ngantuk , pergi tidur dan bukannya update status tulis " ngantuk " , BOLEH HILANG KE NGANTUK TU ?.

Sebaliknya, jadikanlah facebook sebagai medium untuk dakwah, mendekatkan seorang kepada sifat-sifat mahmudah , dan bukannya menjadikan facebook sebagai medium untuk mengumpat orang, mencarut , memaki hamun orang !

Jika asyik mencari kesalahan manusia dan terus menindas manusia tersebut, bermakna anda terlupa pada hakikat sebenar iaitu, kesilapan diri sendiri . Ingatlah ! Setiap manusia ada kelebihan dan PASTI ada kekurangan . Kita tidak maksum.

‎"Sesungguhnya aku sdg menasihati kamu, bknlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bkn juga yg plg soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan” (Imam Hasan Al-Basri)

Sekian