Saturday, 12 May 2012

Tetamu Allah.


Madinah dan Mekah.
Seseronok tempat yang pernah aku jejak di dunia ni. Memang aku akui, tiada tempat lain yang 'feel' dia macam Madinah dan Mekah. Aku memang tak pernah menjejakkan kaki lagi ke London, Australia, Bali mahupun mana-mana tempat terbaik dunia yang orang kata seronok, tapi aku yakin, Ya! Seyakin-yakinnya, Haramain ini adalah tempat terbaik dunia. Tempat Nabi Muhammad saw.

Hajah Puziyah Baharom. Insan inilah yang telah membuatkan impian aku menjadi nyata. Impian aku untuk menjadi tetamu Allah selama ini. Insan yang aku sayang ini ialah Ibu Saudara aku. Aku sangat bersyukur terutamanya pada Allah, kerana mengutuskan 'Cik Yah' sebagai jambatan untuk aku mendekatkan diri pada-Mu Rabb! Moga Allah limpahkan Cik Yah dengan limpah kurnia-Mu ! Ameen.

Bergambar dengan TGUH selaku ketua rombongan sebelum menaiki pesawat Saudi bertolak ke Madinah.

Tiba di Lapangan Terbang Madinah, cuacanya sangat sejuk. Sejuk sekali. Teruja benar sampai ke tempat orang. Tempat Muhammad saw. Memijak sahaja bumi barakah ini bagaikan satu nikmat. Alhamdulillah, proses memunggah bagasi agak cepat dilakukan. 

***


Itulah subuh pertama di Masjid Nabawi. Kaki ini melangkah begitu laju dengan penuh keterujaan. Pagi itu jam 3.00 pagi waktu Saudi. Aku sudah bangun. Mandi-mandi. Terus mengenakan jubah hitam milik ayah.  Terus bergerak ke Masjid Nabawi dengan cikyah. Aku tak tahu jalan. Aku hanya mengekori dari belakang, berbeza dengan Cik Yah yang sudah 5-6 kali menunaikan Umrah. Pengalamannya banyak membantu. Sedikit sebanyak.

Kini Masjid Nabawi depan mata. Dengan kesyahduan dingin pagi, keindahan masjid Nabi. Aku kaku. Sebak. Syahdu. Kelu. Semua ada. Allah panggil jugak aku yang banyak dosa ini kesana. Perasaan yang tak pernah aku rasa sebelum sebelum ini. Allahu rabbi.


Pagi itu aku terus bergerak ke hadapan. Hadapan masjid. aku terpinga-pinga. Mereka menyuruh aku mencari raudhah. Tetapi aku tidak tahu dimana raudhah ? Di mana raudhah ? Rupa-rupanya karpet hijau yang aku pijak ini adalah raudhah, tapi sayang masa itu aku tak tahu itu raudhah. Dan akhirnya aku bergerak ke belakang. Kalaulah aku dapat di Raudhah tadi... Alangkah indahnya.....



Tahajjud, taubat, hajat, segala macam. Untuk menghilangkan kotoran dosa dan titik hitam yang melekat ini, bukan senang. Bukan mudah. Jadi aku pulun. Bukan senang nak kemari. Air zam-zam aku minum sepuas-puasnya.

Air zam-zam ini akan menjadi apa yang kamu niatkan (Muttafaqun Alaih)


Hadis.

To be continued ...

No comments:

Post a Comment