Thursday, 31 May 2012
Jujur, aku sedih.
Jujur Aku Sedih. Tapi tidak mengapalah Nizar. Mungkin sampai satu masa kau akan mengerti yang tersirat.
Aku terlalu jahil. Aku terlalu bodoh. Apa lagi? Complete set. Titik.
Wednesday, 30 May 2012
Akhirnya, aku berputus asa !
Cukuplah atas apa yang dah berlaku. Aku penat. Sangat penat. Cukuplah sampai sini saja. Aku takkan lagi jadi seperti dulu.
Kalau dulu mungkin aku tidak akan berputus asa sekali-kali, tapi sekarang ya. aku berputus asa :'(
Aku dah hilang sumber kekuatan. Aku ingin berehat. Nak menjadi Nizar yang baru. Bukan lagi Nizar yang dulu. Hmmm... Penat dihentam, dikritik, diperli, dikutuk. Aku diamkan. Mungkin ianya kelakar. Sekali dua mungkin tak apa. Tapi berkali-kali?
Sudah la. Aku akan jadi lebih serius selepas ini. Mungkin tidak akan ada jenaka yang keluar lagi. Aku dah penat !
Mungkin ini pengajaran buat aku. Dengan orang, jangan terlalu baik, jangan terlalu mesra. Macam-macam pengajaran yang booleh digali sebenarnya. Tapi . . . aku tak sekuat itu.
Ada orang sms aku , dia kata...
Nabi dalam berdakwah pon kene baling batu. Kena hina,kutuk. Baling dengan najis....
..... kalau kau deactivate fb utk rehat dan gali hikmah. Silakan... ...
Tambah beliau,
....Allahu Musta'an.
Ya! Allahu Musta'an. Hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan. Ia membuatkan aku terfikir. Benar, jika kita terus lari. Mendiamkan diri. Itu bukan sebaiknya. Hmmm..
Jika kamu sedang diuji, ketahuilah Allah sayang kamu. Ya! Aku pegang yang itu.
Tapi, aku tak sekuat itu. Aku perlu berehat. Mungkin sekejap, mungkin lama. Tengoklah.
Manusia takkan pernah lari dari masalah. Itu aku akui. Aku sendiri pun. Masalah, masalah, masalah. Aku cuba untuk kuat selama ini. Aku cuba. Ya, dulu mungkin mampu. Sekarang tidak lagi. Biarkanlah aku berehat untuk menyembuhkan luka. Doakan aku ya !
Salam.
p/s: " Tak semua benda kelakar. "
Saturday, 12 May 2012
Tetamu Allah.
Madinah dan Mekah.
Seseronok tempat yang pernah aku jejak di dunia ni. Memang aku akui, tiada tempat lain yang 'feel' dia macam Madinah dan Mekah. Aku memang tak pernah menjejakkan kaki lagi ke London, Australia, Bali mahupun mana-mana tempat terbaik dunia yang orang kata seronok, tapi aku yakin, Ya! Seyakin-yakinnya, Haramain ini adalah tempat terbaik dunia. Tempat Nabi Muhammad saw.
Hajah Puziyah Baharom. Insan inilah yang telah membuatkan impian aku menjadi nyata. Impian aku untuk menjadi tetamu Allah selama ini. Insan yang aku sayang ini ialah Ibu Saudara aku. Aku sangat bersyukur terutamanya pada Allah, kerana mengutuskan 'Cik Yah' sebagai jambatan untuk aku mendekatkan diri pada-Mu Rabb! Moga Allah limpahkan Cik Yah dengan limpah kurnia-Mu ! Ameen.
Bergambar dengan TGUH selaku ketua rombongan sebelum menaiki pesawat Saudi bertolak ke Madinah. |
Tiba di Lapangan Terbang Madinah, cuacanya sangat sejuk. Sejuk sekali. Teruja benar sampai ke tempat orang. Tempat Muhammad saw. Memijak sahaja bumi barakah ini bagaikan satu nikmat. Alhamdulillah, proses memunggah bagasi agak cepat dilakukan.
***
Itulah subuh pertama di Masjid Nabawi. Kaki ini melangkah begitu laju dengan penuh keterujaan. Pagi itu jam 3.00 pagi waktu Saudi. Aku sudah bangun. Mandi-mandi. Terus mengenakan jubah hitam milik ayah. Terus bergerak ke Masjid Nabawi dengan cikyah. Aku tak tahu jalan. Aku hanya mengekori dari belakang, berbeza dengan Cik Yah yang sudah 5-6 kali menunaikan Umrah. Pengalamannya banyak membantu. Sedikit sebanyak.
Kini Masjid Nabawi depan mata. Dengan kesyahduan dingin pagi, keindahan masjid Nabi. Aku kaku. Sebak. Syahdu. Kelu. Semua ada. Allah panggil jugak aku yang banyak dosa ini kesana. Perasaan yang tak pernah aku rasa sebelum sebelum ini. Allahu rabbi.
Pagi itu aku terus bergerak ke hadapan. Hadapan masjid. aku terpinga-pinga. Mereka menyuruh aku mencari raudhah. Tetapi aku tidak tahu dimana raudhah ? Di mana raudhah ? Rupa-rupanya karpet hijau yang aku pijak ini adalah raudhah, tapi sayang masa itu aku tak tahu itu raudhah. Dan akhirnya aku bergerak ke belakang. Kalaulah aku dapat di Raudhah tadi... Alangkah indahnya.....
Tahajjud, taubat, hajat, segala macam. Untuk menghilangkan kotoran dosa dan titik hitam yang melekat ini, bukan senang. Bukan mudah. Jadi aku pulun. Bukan senang nak kemari. Air zam-zam aku minum sepuas-puasnya.
Air zam-zam ini akan menjadi apa yang kamu niatkan (Muttafaqun Alaih)
Hadis.
To be continued ...
Subscribe to:
Posts (Atom)