Wednesday 30 May 2012

Akhirnya, aku berputus asa !


Cukuplah atas apa yang dah berlaku. Aku penat. Sangat penat. Cukuplah sampai sini saja. Aku takkan lagi jadi seperti dulu.

Kalau dulu mungkin aku tidak akan berputus asa sekali-kali, tapi sekarang ya. aku berputus asa :'(

Aku dah hilang sumber kekuatan. Aku ingin berehat. Nak menjadi Nizar yang baru. Bukan lagi Nizar yang dulu. Hmmm... Penat dihentam, dikritik, diperli, dikutuk. Aku diamkan. Mungkin ianya kelakar. Sekali dua mungkin tak apa. Tapi berkali-kali?

Sudah la. Aku akan jadi lebih serius selepas ini. Mungkin tidak akan ada jenaka yang keluar lagi. Aku dah penat !

Mungkin ini pengajaran buat aku. Dengan orang, jangan terlalu baik, jangan terlalu mesra. Macam-macam pengajaran yang booleh digali sebenarnya. Tapi . . . aku tak sekuat itu.

Ada orang sms aku , dia kata...

Nabi dalam berdakwah pon kene baling batu. Kena hina,kutuk. Baling dengan najis....
..... kalau kau deactivate fb utk rehat dan gali hikmah. Silakan... ...


Tambah beliau,

....Allahu Musta'an.


Ya! Allahu Musta'an. Hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan. Ia membuatkan aku terfikir. Benar, jika kita terus lari. Mendiamkan diri. Itu bukan sebaiknya. Hmmm..

Jika kamu sedang diuji, ketahuilah Allah sayang kamu. Ya! Aku pegang yang itu.

Tapi, aku tak sekuat itu. Aku perlu berehat. Mungkin sekejap, mungkin lama. Tengoklah.

Manusia takkan pernah lari dari masalah. Itu aku akui. Aku sendiri pun. Masalah, masalah, masalah. Aku cuba untuk kuat selama ini. Aku cuba. Ya, dulu mungkin mampu. Sekarang tidak lagi. Biarkanlah aku berehat untuk menyembuhkan luka. Doakan aku ya !

Salam.

p/s: " Tak semua benda kelakar. "

2 comments:

  1. Sikap manusia klau x kutuk..x perli..mmg x sah,jgnla kita berdendam.Berdoa sjalah pd Allah agar diberikan kekuatan dan dibukakan pintu hati kpd umat yg bergelar 'Islam' pd masa kini.Chillax je tok,aku pon dah rasa camne ko rase.Kena kutuk blkg2,kene perli sindir bagai mmg dah biase daa..inila manusia..msih igt diri tu terlalu sempurna :)

    ReplyDelete
  2. Trimas bro! I'll take ur words as a advice for me :)

    ReplyDelete